Saturday, 2 June 2012

Kenangan terindah


Assalamualaikum..

Maka beginilah al-kisah selama sebulan lebih berada di bumi Seri Iskandar, Perak walaupun orang lain seronok beristirehat di kampung halaman masing2 setelah berusaha keras mengharungi final exam yang agak stress lagi memenatkan. Dengan itu, berakhir sudah perjuangan yang ditempuhi untuk semester ke-4.


Bukan tu saja, lepas final exam je seminggu lepas tu aku teruskan perjuangan hidup aku dengan menyertai seni mempertahankan diri. Setelah tamat mengharungi latihan kelas kemahiran selama sebulan lebih akhirnya tamat Ujian Sijil Rendah (USR) yang dijalankan di Negeri Sembilan. Bagi aku pengalaman ni adalah satu kenangan yang takkan aku lupakan yang mempunyai seribu satu makna kepada aku. Mungkin selepas ini aku tak mungkin dapat merasi pengalaman macam ni lagi.

Namun setiap kegembiraan tidak akan berkekalan kerana setiap kegembiraan pasti ada keburukan yang akan datang. Jadi aku harus reda dan bersabar dengan setiap ujian mahupun dugaan yang Allah telah rancang kepada aku.

Memang macam2 rintangan yang aku hadapi sepanjang kelas kemahiran ni, untuk minggu yang pertama memang kejang sana sini sebab sebelum ni tak pernah aku buat latihan fitness..tup tup..kena lari 8 pusingan,sit up,pumping, lompat bintang dll.

Penat tu memang penat sampaikan rasa nak tarik diri. Tapi memikirkan susah payah aku datang perak, baik aku teruskan. Pernah jugalah aku hampir menangis masa kelas kemahiran sebab tak dapat buat buah silat iaitu pulas hiris dengan baik, lagi2 dapat partner dengan Nad, memang keras lagi liat nak turunkan dia. Tapi fikirkan balik, aku memang bersyukur dapat 'partner' dengan dia sebab aku dapat merasakan erti kesungguhan. Kalau dengan Shida pula, aku memang merana sikit la kena sepak sampai lebam2 tapi perkara biasa je tu , lagipun dah jadi adatlah dapat lebam2 masa kemahiran.

Citenya bukan aku sorang je yang menangis, kawan2 sepejuangan aku nad dengan shida pun menangis, cuma yang lainnya aku tahan air mata aku supaya tak jatuh..aku takut aku betul2 akan tarik diri sebab tak tahan kena tegur dengan jurulatih kelas kemahiran ni. Sikit2 'fatima!salah tu ..fatima..itu..fatima ini..' tension aku. Lagi memeningkan aku boleh pulak dorg jelous kat aku sbb jurulatih banyak bagi perhatian kat aku. Mane taknya dah aku ni asyik bagi masalah je. Memang masalah la aku dapat. Fuhh!!

Ntah kenapa, yang memeningkan kepala aku lagi masa kelas kemahiran bila aku digosipkan dengan jurulatih kelas kemahiran sendiri. Dah tu, satu cawangan perak tahu pasal ni, memang aku jadi bahan gurauan doranglah.Aku cuma takut jadi benda lain je. Aku cuma main2 je, tak adelah sampai nak mengatal dengan laki orang. Nasib dorg tahu aku ni jnis mcm mana, jurulatih tu yang gatal..haha..ni bukan aku yang cakap tapi seseorang kenalan yang suka bahan aku yang cakap.

Malas nak peduli pasal tu dah, yang penting saat yang paling meyeronokkan bila kitaorang main roundes kat depan rumah Syaikhul. For the first time, tak pernah2 aku main benda ni dengan orang sebaya or tua dari aku. Selalunya mesti dengan kanak2..hahaha..xkisahlah yang penting aku seronok.

I'm felt very grateful to Allah because I meet them all. Ni masa demo kat Dataran Ipoh.. <3

Sahabat Selamanya..BRAVO!!

                                                                                                                                                   timzahrah

No comments:

Post a Comment