Saturday, 14 July 2012

Laser Battle?Fighting!!


Assalamualaikum..

Kali ni aku tak tau nak tulis apa lagi. Aku lebih suka berstory2 kat dalam ni sebab bila aku tension aku buka je blog ni aku akan gelak sorang mengenangkan masa lampau. Minta maaf la kalau ade sapa2 yang rajin tengok2 blog aku yang tak seberapa nak seronok ni. Almaklum la org takde bakat menulis bila menulis macam ni la hasilnya. tapi tak kesahla, orang kata practice makes perfect kan. Apa2 pun aku akan cuba dan mencuba lagi untuk membuatkan blog ni jadi lebih menarik.

Well..macam biasa aku akan share lagi pengalaman yang menyeronok dalam hidup aku beberapa bulan ni yang tak dapat aku lupakan. Jadi kalau korg rasa2 nak join adventure hidup aku yang tak berapa nak adventure sangat ni..enjoy..lau rasa bosan boleh la pi main jauh2..toksah jadi busybody..the story begins with..ceh2 spaking pulok dah..macan ni la setiap sem mesti ktorang akan buat aktiviti kelas. Kebiasaannya ktorang akan buat BBQ cuma sem ni  buat lain daripada yang lain. Ape lagi kalau bukan main Laser Battle berdekatan Bercam, Ipoh. 

Err..sebelum sampai ke tempat laser battle tu, ktorang pun singgah la Maiden yang baru dibuka dekat mane ntah aku lupa pula nama tempat tu..just masuk untuk solat maghrib, perr..memang besarlah tempat tu tak macam tempat lain. Anyway, to be honest, aku rasa macam aku orang yang paling excited nak main benda ni..tapi ikutkan aku labih suka makan dari main benda ni..wahahaha :P

Menangis tak berlagu jugak la sebab nak masuk game Laser Battle ni, dia kira RM20 seorang. Berbaloi juga la main benda ni, sebab seronok walaupun mase ni aku agak sengket duit. Flow game ni agak puas hati dan best juga la, untuk first round kte boleh tembak sape2 yang kte nampak asalkan dapat banyak point, sekali kena tembak, pistol tu akan stop selama 2 minit kot kalau tak silap then baru boleh tembak orang lain balik..kat pistol tu siap tulis nama kte dengan point yang kte dapat. Second round pula, ktorg dibahagi kepada 2 group, macam biasalah ktorg kena tembak the opposite group. Berperang..Fighting!!

Bagi yang dah biasa main game ni memang senang dapat point. Main game ni pun kena ada strategi juga. First round aku memang dapat last, yang second round naik sikit...haha..memang takde bakat langsung. 

Yang penting aku SERONOK!! Apa pun ni la antara gambar2 kenangan ktorg semasa main laser battle ni..






Seterusnya, setelah penat bermain dengan bermandikan peluh, dah semestinya perut terasa lapar. So, ktorang pun pergi makan di dataran Ipoh. Teringat aku masa aku nak buat demo silat cekak malaysia juga ada datang kat dataran ni tapi aku takde la buat demo disebabkan masalah tertentu just jadi photographer je. 

Then, dorg pegi karoake.. Kalau karoake open air macam sem1 aku boleh lagi, tapi kali ni kat Shogun? Tapi aku tak masuk la. Aku tak main karoke2 ni, lau karoke kat dalam toilet tu aku suka la..hahaha..sementara tunggu dorg seronok2 kat dalam tu aku pun merayau2 tak tentu hala la sekitar tempat tu. Instead of karoake aku pun pegi mcd tu pun ajak la kawan2 lain yang tak berminat nak karoke pegi sana, takde la kebosanan aku kat sana. 

Last but not least,  pengalaman ni walaupun tak seberapa tapi yang penting boleh merapatkan hubungan sesama kami sudah mencukupi. Aku memang sayang kawan2 kelas aku, walaupun kena buli, kutuk or perselisihan faham, aku tak pernah ada perasaan benci dengan sesiapa pun. Because that's who I am. I don't hate people.
                                                                                                                                              
                                                                                                                                                   timzahrah