Makanan. Semua orang suka makan terutamanya makanan yang nampak menyelerakan. Namun bila dah masuk tekak..perr..macam haram. Kedekut bahan mentah ke ape.
Bila difikirkan balik, sebenarnya semua makanan ni sedap di sesetengah tempat tapi penjual yang menjual makanan tu yang tak fikirkan kualiti makanan, harapkan packaging je lawa. Adui, menjatuhkan potensi produk sahaja.
Hehe..memang terukkan aku ni, Rasullulah pun tak pernah merungut pasal makan yang tak sedap ni kan lagi kita. Selama ni aku xpernah merungut sama ada makanan tu sedap atau tidak sebab aku sentiasa rasa bersyukur dengan apa2 sahaja makanan yang ada didepan aku. Teringat peristiwa yang berlaku setiap kali makan malam dirumah. Ummi aku tak pernah ajar aku merungut dihadapan rezeki, cuma kadang2 aku teremosi dimana aku bengang dengan abuya aku sebab bila makanan yang umi masak terlalu simple atau lain dari yang lain sebab tak cukup bahan mentah kat dapur, mulalah ini tak sedap itu tak sedap. Sampaikan sampai satu masa tu aku cakap 'abuya patut bersyukur umi ada masak,kalau tak abuya makan kat luar je' dalam masa yang sama aku merenung wajah umi yang sayu menahan perasaan yang sentiasa terpendam dihati. Bukan umi tak mahu masak sedap2 tapi dia yang tak beli barangan dapur, asyik bertangguh saja memang dapat tu jela kann..haha..astafirullahalazim..
Mat Salai Burger
rm3.50
Monster Grill Burger
rm7.50-rm33.00
Jeng jeng jeng....
Apa macam..terliur tak bila tengok burger2 yang membuatkan perut korg meronta2 mahu disumbat oleh makanan yang memang korg takkan puas bila sekali makan. Ni lah antara burger yang telah aku makan baru2 ni, sampai comot2 dibuatnya bila nak masukkan ke dalam mulut. memang sedap kot, yang aku kata segap tu ialah Monster Grill Burger, ni pun sebab UiTM Seri Iskandar ada buat pesta buku selama 4 hari berturut2, kebetulan adalah makanan ni berdekatan dengan kolej kediaman kami, apa lagi aku tengok orang ramai sibuk beli benda ni maka perasaan ingin rasa tu pun timbul.
Tapi malang sekali bagi roomate aku bila dia beli burger mat salai ni..ape benda pun tak rasa. Orang yang buat tu tak jaga kualiti makanan dorg, sampaikan sos yang die ubuh pun tak rasa sikit sangat. apa lagi mula la dorang merungut..'dahlah mahal pastu ape pun tadak..aduh..menyesal aku beli'. Aku tak tau lah sama ada burger ni kat tempat lain pun macam ni atau tidak sedangkan burger yang jual kat tepi jalan pun org puas ati ni kan lagi burger yang ada brand nama macam ni. rosak2. haha.
Perut pun dah kenyang ape lagi..lentok la..yay nak tdo, ngantok beb..hohoho


.jpg)










